harini tolong mama buat kuih raya, aktiviti wajib every time raya sebab mama tak suka sangat makan kuih tunjuk. kitorang adik beradik pun memang lagi suka kuih buatan mama dari biskut beli, lagi sedap. over this one year and a half ni, kuih yang dah jadi sangat significant bagi aku is kuih cip coklat, ataupun chocolate chip kitorang selalu panggil. kenapa eh kuih ni je yang jadi sangat significant bagi aku? sebabnya nazrin suka sangat sangat makan kuih ni since first time dia dapat rasa chocolate chip mama aku ni tahun lepas. lagipun kuih ni dah macam snek, tak payah tunggu raya pun syok je bila dapat makan. so selalulah aku buat kuih (mama tolong sekali) ni untuk dia even though bukan musim raya pun, sebab tau dia suka sangat and memang dia happy gila setiap kali aku bawak kuih ni pada dia. tengok dia happy, of course lah aku pun lagi suka gembira! so rajinlah aku bawak pada dia, bagi dia happy and bagi perut dia pun menyanyi riang, tapi menyanyi sedap dan kenyang ye. alhamdulillah, dapat jugak buat dia senang hati =)
selalu buat kuih ni mesti aku riang habis punyelah, sebab gembira buat untuk dia, bayang nanti dia makan dengan excitednya lagi, huhu, memang buat berkobar- kobar. tapi pagi tadi aku rasa biskut chocolate chip yang aku bentuk-bentukkan tu macam layu sikitlah. rasa macam missing the excitement masa aku buat untuk dia dulu. dia jauh, and kitorang macam jauh, aku rindu, sedih...bila terfikir je psl kitorang, terus rasa down je. kuih tu jadi tak jadi je..mungkin kuih tu pun tahu aku tengah sedih..dia pun nak ikut sedih..sian kuih tu...
berapa hari lagi je nak raya, banyak sangat buat salah silap kat semua. mintak maaf semua. and selalu sangat buat nazrin marah, sakit hati, kecil hati, kecewa, tensyen dan macam-macam lagi, sampai macam dia pun dah benci and menyampah kat aku sekarang. aku memang worthless, tak dapat buat dia happy, aku mintak maaf sangat sangat kat nazrin, im so sorry dear..aku tahu dia pun dah tak berapa pasti dengan kitorang sekarang, aku tak salahkan dia...aku serahkan kat tuhan je, aku dah buat semampu yang boleh, kalau dia untuk aku, walaupun aku tahu aku tak layak untuk dia, insyaAllah one day akan dapat together, minta diizinkan tuhan. aku menyesal dengan semuanya, and aku betul betul harap dia dapat maafkan aku for real, and dapat betul betul ikhlas terima and jaga aku, and aku sanggup berubah and buat pape je untuk dia. dia dah banyak sangat tolong and syg and jaga aku...
aku pernah terbaca, tuhan takkan timpakan beban yang Dia tahu tak dapat ditanggung oleh hambanya tu. yang mana maksudnya, setiap beban masalah yang tuhan bagi mesti ada jalan penyelesaiannya, and jalan tu mesti diusahakan and mesti mintak tolong padaNya. aku berdoa and berharap sangat, aku dan kitorang akan jumpa jalan penyelesaian tu nanti, insyaAllah..harapnya jalan tu jalan yang baik dan tenang, yang datang dapipadaNya.
hmm...bau biskut chocolate chip dah masak dalam oven, sangat sedap...tapi aku tetap sedih...
adakah aku tak layak sedih? kalau macamtu, kenapa rasa sakit sangat and sedih...
No comments:
Post a Comment