Pages

20100918

la tahzan kerana cinta

walaupun aku babi, pukimak, bodoh mahupun sundal,
aku tetap nak berbakti pada kau.
kala kau lapar,
kala kau sedih,
kala kau marah,
kala kau sakit
kala kau perlukan aku,
dan juga kala kau tak perlukan aku.

maafkan aku sebab kini agak payah untuk aku terus terusan memujuk kau memandangkan jarak dan masa yang tak mengizinkan.. tapi aku tetap cuba semampu yang boleh.
tak macam dulu bila kau masih di sini, selagi aku masih ada kudrat dan kekuatan,
walaupun dicaci dimaki dimarah dan dihalau, aku gagahkan diri dan lebih sanggup pergi menyejuk hati kau,
sebab aku tahu, bila hati kau sejuk.. itu lebih berbaloi untuk aku usahakan dari menangis sebab dibenci kau.. kau takkan pernah tahu macam mana rasanya bila berjaya berada dalam hati kau, sebab aku tahu, memang payah sekali..

dan aku tak menyesal sedikitpun memilih untuk terus saja bertahan, sebab kalau aku tak bertahan, aku akan hilang punca kekuatan yang bagi aku sebab untuk bertahan...ya, kaulah yang aku maksudkan. 
adakah aku terperangkap?
tidak sama sekali, ini cabaran tuhan untuk aku..dan mungkin tidak salah kalau aku katakan ini juga cabaran tuhan untuk kau..cabaran dalam mendapatkan ganjaran yang lebih baik, siapa tahu? yang penting, hati kita..
kerana aku pasti, pasti ada sebab dan hikmahnya tuhan beri aku jalan sebegini..walaupun aku dah banyak berdosa, tapi Dia masih bagi peluang pada aku.. dan suatu yang amat jelas aku dapat rasakan, sejak aku jumpa kau, aku lebih banyak berfikir tentang arah tujuan diri aku, tentang ketuhanan, walaupun selalu saja terleka, tapi aku sudah semakin banyak bermunasabah.. sebab itu aku katakan, aku pasti ada sesuatu di sebalik semua yang berlaku... insyaAllah.

kau, 
kalau kekadang aku merapu dengan kata- kata seperti yang telah membuatkan kau marah tadi,
ketahuilah kau yang aku sedang hiba dan buntu, dan sepertinya aku hilang arah kerana memikirkan kebaikan untuk diri kau.. aku lupa sejenak tentang betapa dalamnya hati kau untuk aku sampai kau sudah banyak berkorban demi kita..maafkan kehibaan aku...
di saat seperti itu, apa yang aku perlukan hanyalah kata-kata dari kau untuk aku luruskan semula pemikiran aku. 
hanya katakan "taknak, aku mahu bertahan dengan kau"..bila itu kau katakan, aku tahu aku masih kuat untuk bertahan.
sebab aku tahu, kau lebih sakit daripada aku, tapi maafkan aku, kekadang aku juga jadi lelah bila semakin hari kau semakin benci pada aku, dan melihat mukaku saja boleh membuatkan kau mual. maafkan aku bila kekadang aku juga jadi lemah, dan mulalah aku teringat segala apa yang pernah aku buat untuk kau, tidakkan aku dapat menyentuh hati kau dan ketahuilah kau yang aku tulus..tapi jgn silap, aku tak mengharapkan sebarang terima kasih, sebab semua itu masih belum cukup kalau nak dibandingkan dengan sakit kau bukan..maafkan aku syg...

ya, walau apa pun yang berlaku, aku takkan pergi.
aku tetap mahu bertahan.
jgnlah kau rasa terbeban dengan ketahanan aku, 
sebab ya, aku takkan sekali kali curang.
maafkan aku sebab menghancurkan harapan kau untuk lihat aku curang, sebab aku takkan. takkan.



la tahzan kerana cinta 
kerana cinta sejati itu sekali, dan kau pasti tahu sendiri bagaimana rasanya bila cinta dari tuhan itu ada dalam hatimu... jangan kau sangkalkan mengikut emosimu.. kerana cinta itu daripada tuhanmu, takdirNya untukmu, pasti ada hikmahnya..Wallahu'alam..
~ anonymous

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.


Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dekaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.

 ~ Kahlil Gibran

Cinta adalah ketika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih peduli padanya.

No comments:

Post a Comment