’ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak menyinari orang orang yang berbuat maksiat’
kena selalu ingat ni, memang selama ni dah sia siakan hidup, sampai bila nak menangis menyesal dan mempersoalkan nasib padahal sedar, amalan tak banyak mana pun. ingat tuhan bila susah je, bila senang, nauzubillah, padahal tau, aku cuma hamba yang hina lagi keji, tapi tak sedar diri pastu tau mintak lebih- lebih je. tuhan tu bagi jugak, tapi masih tak bersyukur. apalah masalah aku, selalu lupa pada tuhan padahal Dia sentiasa, sentiasa ya, ingat pada setiap hamba Dia. banyak dah Dia bagi peluang, tapi buat buta je. tapi Dia bagi jugak lagi peluang, semoga aku dapat terus muhasabah diri dan jadi hamba yang lebih baik, dalam semua perkara, insyaAllah.
**
subhanallah, semoga Allah terus berikan petunjuk, kekuatan dan peluang untuk aku berubah ke arah yg lebih baik. baik untuk diri aku, untuk abah mama, keluarga, nazrin, kawan kawan, saudara seagama dan umat manusia yg lain. semoga Allah tarik nyawa aku dalam keimanan, syahid dalam jalan Allah, walaupun cuma mati di atas katil sendiri.
‘org yg paling bijak ialah org yg mengingati mati’.
sungguh, aku takut. sungguh, aku mahu berubah. aku perlu berubah dalam banyak sangat sangat perkara. dan aku mahu kau juga turut sama, kalau kau mahu. mari, kita bersama- sama.
orang kata, tiket untuk bertaubat dan berubah tu tak pernah habis, selagi matahari tak menjenguk dari barat.
No comments:
Post a Comment