Pages

20120116

Egois

Walaupun kau seorang egois, tapi aku dapat rasakan masih tertanam taman bunga di dalam sanubarimu. Walaupun bukan zahir pada mata kasar aku, tapi ya, aku pasti tentang itu. Bukan sekadar taman bunga yg plastik, tetapi taman bunga yang harum semerbak. Bila kau bertindak egois, kadang kala aku rasa marah! Tapi pantas sahaja ingatan melihat kau bermanja dan memanjakan adik kecilmu yg seorang itu menjelma di benakku. Ah, aku merengus sendirian. Aku silap, benar kau adalah taman bunga itu. Walaupun mungkin bukan selalu tertuju padaku, tapi aku tahu, kau lebih daripada itu. Dan aku tahu, kerana kasihmu yg kau zahirkan pada adikmu cukup dalam, dan aku senang hati dengan itu. Terlalu banyak maksudnya, semoga sahaja aku dapat sentiasa melihat semua itu.

No comments:

Post a Comment