kasihan kat bumi mesir, bumi yang banyak sejarah tapi sangat kalut jadinya sekarang. pasti semua pun tahu kan tentang rusuhan yang jadi kat bumi mesir yang hangat diperkatakan dan terpampang di dada akhbar mahupun televisyen saban hari, dan paling menggamit rasa dan jiwa keluarga aku adalah sebab abang merupakan salah seorang pelajar yang terperangkap dalam kekalutan di mesir tu. melihatkan klip klip video rusuhan tu pun sudah cukup mengerikan dan nampaknya situasi sangat berbahaya, inikan pula betul betul berada di sana. abang dah ada kat rumah malaysia dengan sebahagian pelajar lain sekarang, Alhamdulillah dia selamat juga sampai ke situ walaupun pada dasarnya, dia main hentam kromo je beranikan diri menaiki teksi untuk ke rumah malaysia tu. bayangkan sahajalah rusuhan tu boleh berlaku bila bila masa sahaja, so pada kiraan aku, mesti abang banyak bertawakkal je dalam usaha menyelamatkan diri dari tempias rusuhan tu, bak kata mama lah, abang pasrah je keluar rumah and cari teksi untuk pergi rumah malaysia tu. tapi aku kira, abang sudah agak tua dan dia lelaki, so mungkin keberanian dia lebih tinggi (walaupun dulu masa kecik sumpah penakut nak mampus, lampu shopping mall tutup tanda nak tutup kedai pun boleh buat dia gelabah cam pondan keh keh keh) berbanding dengan pelajar perempuan. so aku sangat sangat kasihan kat pelajar pelajar perempuan kat sana tu, mesti setiap saat berdoa and berharap dorang tutup mata, bukak mata je eh! dah ada kat malaysia la! aa camtula aku kira. mama cerita, ada anak kawan dia, perempuan and baru tahun satu kat mesir tu, tak dapat lagi pegi rumah malaysia tu sebab rumah dia agak jauh. nak keluar amatlah menakutkan, lepastu bunyi tembakan sabung menyabung kat luar rumah dia. bayangkan hati perempuan yang jauh dari family, just ada kawan kawan, mana lah berani nak hentam kromo keluar rumah carik teksi dan pergi rumah malaysia kan.. so duduklah dalam rumah and hari2 tidur bertemankan air mata dan pisau sebab sangat takut kalau rumah dipecah masuk oleh perusuh2 tu. dahla banduan ramai yang terlepas, mana tak menambahkan lagi kalut dan ketakutan kat hati pelajar2 ni kan. sangat kesian, dan sekarang kita yang masih elok berada dalam aman dan selamat ni, banyak2lah berdoa agar semua selamat, dan semoga Allah SWT bagi mereka kekuatan dan melindungi mereka dari segala bahaya, amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment