keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala sesuatu kepada kita. semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang. sebab itulah mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah, akan lahirlah ketenangan di hati mereka. hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan.
" orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama Allah. tidakkah dengan menyebut nama Allah akan tenang hati?!"
(Ar-Ra'du 13: 28)
rasa resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki dan segala sesuatu untuk seseorang.
yakinlah saudara, keyakinan kepada Allah SWT itu akan menghilangkan keresahan, kegelisahan, kesedihan, kedukaan di hati.
***
" setiap bani adam melakukan kesalahan, dan yang terbaik antara mereka ialah yang mahu bertaubat."
terkadang kesalahan kita itu terlalu mencengkam perasaan kita. akhirnya kita bersedih kerana kesalahan yang menghantui fikirannya. dia melakukan dosa terhadap ibu bapanya, adik beradiknya, gurunya, mungkin kepada sahabatnya, dan kepada sesiapa sahaja.
tapi, apakah ada dosa yang lebih besar selain dosa kita kepada Allah, rabbul jalil?
tapi jangan gusar, bukankah Allah maha pengasih maha penyayang? bukankah Allah ghafuur? bukankah Allah ghaffaar? bukankah Allah tauwaab? Allah maha pengampun, Allah penerima taubat. berlapang dada kepada Allah SWT. ya benar kita melakukan dosa, kita buat salah, tapi Allah sentiasa menanti kehadiran kita, untuk menerima taubat kita.
***
setiap suatu ujian yang Allah berikan kepada kita, yakinlah, Allah SWT ingin melihat kualiti kita yang sebenarnya. pastikan kita lulus ujian Allah, tidak mengeluh di hati kita. tidak menyalahkan takdir Allah. tidak mengutuk takdir Allah dan tidak menyesali segala yang Allah berikan dan takdirkan. malah sekiranya takdirnya mungkin bukan apa yang kita kehendaki, redha dan renungkanlah, mungkin ada hikmah di sebaliknya dan hanya kita sendiri yang mampu mencarinya. ini kerana kitalah yang menentukan bagaimana kita menerima sesuatu takdir itu dan berusaha mencari hikmah dan kebaikan di sebalik yang kita sangkakan buruk itu. ingatlah, setiap percaturan Allah itu adalah indah, dan sekiranya ia menguji, itu adalah kerana Allah SWT mahu melihat kualiti dalam diri kita.
"janganlah bersedih, zikir munajat & tazkirah, Dr Badrul Amin Bahron"
No comments:
Post a Comment