Ya Allah ya Tuhan kami, kami sedar dan insaf, sebagai manusia yang lemah, kami sering gagal dengan ujian keimanan. kami sering menyalahkan takdir ya Allah. malah kami pernah menuduh bahawa Kau tidak berlaku adil kepada kami ya Allah, akibat musibah yang melanda kami. kami sedar ya Allah, betapa kerdilnya hati ini, betapa kecilnya jiwa ini, hingga dengan ujian sekecil itu pun kami telah merasakan bahawa Kau telah biarkan kami sendirian.
Ya Allah, kami sedar dan insaf bahawa Kau tidak pernah membiarkan kami hidup bersendirian, kerana kami sedar ya Allah, tanpa- Mu kami tidak akan wujud di dunia ini. tanpa- Mu kami tidak akan bakal memperolehi segala apa yang kami miliki hari ini ya Allah. masukkanlah rasa syukur di hati kami. masukkanlah rasa iman- taqwa di hati kami ya Allah.
Ya Allah ya Tuhan kami, tabahkan hati kami menghadapi segala ujian. masukkanlah keyakinan di hati ini bahawa setiap ujian yang kau berikan itu ya Allah, adalah untuk mengangkat martabat kami. tidak sekali kali untuk menghina kami ya Allah. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami hamba- Mu yang sabar, jadikanlah kami hamba- Mu yang syukur. jadikanlah kami hamba- Mu yang redha kepada- Mu ya Allah, agar kami termasuk dalam golongan orang orang yang redha dan Kau redhai.
" dipetik dari janganlah bersedih, Dr Badrul Amin Bahron"
No comments:
Post a Comment